Notis Peringatan: Pematuhan Syarat Perniagaan di Dataran MDTM

Pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) mendapati terdapat segelintir peniaga yang menyalahgunakan kebenaran menjalankan perniagaan ringan di Dataran MDTM dengan menjalankan aktiviti menggoreng makanan berminyak.

​Tindakan tersebut adalah bertentangan dengan syarat kelulusan yang ditetapkan serta menjejaskan tahap kebersihan dataran ini.

​Sehubungan dengan itu, pihak Majlis tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kebenaran menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan ini sekiranya syarat-syarat di atas gagal dipatuhi.

#MajlisDaerahTanahMerah
#dataranmdtm
#patuhiperaturan

Lihat di Facebook