Pembahagian Notis Pemberitahuan Jadual Kutipan Sampah

TANAH MERAH, 10 Mei 2026 (Ahad) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan pembahagian notis pemberitahuan jadual kutipan sampah kepada premis-premis perniagaan di sekitar Jalan Tanah Merah–Pasir Mas, kawasan Bandar Tanah Merah, Jalan Ismail Petra serta kedai-kedai di Harmoni.

Tindakan ini dilaksanakan bagi memberi makluman dan peringatan kepada para peniaga supaya mematuhi jadual kutipan sampah yang telah ditetapkan demi memastikan tahap kebersihan kawasan perniagaan sentiasa terjaga.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, teratur dan selesa untuk masyarakat.

#MajlisDaerahTanahMerah
#TanahMerahBersihIndahCeria
#PematuhanJadualKutipanSampah
#BahagianPelesenan
#BahagianPenguatkuasaan

Lihat di Facebook