Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan bahawa penutupan operasi premis perniagaan tertentu akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Premis yang terlibat:
1. Kompleks Membeli-belah / Pasar Raya Besar
➡️ Ditutup sepenuhnya pada hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha.
2. Premis Makanan Segera & Kedai Serbaneka
(contoh: 7-Eleven, Emart, CU Mart, Family Mart dan seumpamanya)
➡️ Ditutup sehingga jam 1.00 tengah hari pada hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha.
⚠️ Peringatan:
Premis yang gagal mematuhi ketetapan ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#notispenutupanpremisperniagaan
#harirayaaidiladha2026