Penutupan Sebahagian Tapak Penjaja Kota Harmoni, Tanah Merah

TANAH MERAH, 30 JULAI 2026 (KHAMIS) - Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan tindakan penutupan sebahagian tapak penjaja di Kota Harmoni bermula hari ini. Langkah ini diambil selepas beberapa penjaja didapati gagal memperbaharui permit perniagaan sementara dan tiada lagi permohonan baharu yang diluluskan.

Keputusan ini turut dipengaruhi oleh hasil Laporan Penilaian Kesan Lalulintas (TIA) yang menunjukkan kawasan tersebut memerlukan pelebaran jalan bagi mengurangkan kesesakan, mengelakkan risiko kemalangan serta melindungi penjaja daripada pencemaran habuk jalan.

Selain penutupan, MDTM turut merancang proses pemindahan lokasi tapak penjaja ke kawasan lebih sesuai serta melaksanakan naik taraf infrastruktur demi keselesaan masyarakat dan kelancaran aktiviti ekonomi setempat.

Lihat di Facebook