Peringatan Pembaharuan Lesen Perniagaan Tahun 2026/2027

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) ingin mengingatkan semua peniaga di bawah seliaan pihak majlis agar segera memperbaharui lesen perniagaan anda bagi tahun 2026.

Pihak Majlis menyeru agar urusan ini dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tindakan penguatkuasaan di masa hadapan.

Sila bawa bersama dokumen berikut semasa berurusan di kaunter:
-Salinan Lesen Perniagaan (sedia ada).
-Kad Pengenalan (Asal/Salinan).
-Gambar Ukuran Passport & Laporan Suntikan Tifoid (Khusus untuk pembaharuan Kad Pengendali Makanan sahaja).

Tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana premis yang gagal memperbaharui lesen perniagaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

📞 Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam Majlis Daerah Tanah Merah melalui saluran berikut:

Telefon: 09-9556023 / 09-9556026
Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

#MajlisDaerahTanahMerah
#PatuhiPeraturan
#PerniagaanBerkat

Lihat di Facebook