Peringatan: Penggunaan Tong Sampah Awam Secara Bertanggungjawab

TANAH MERAH, 3 FEBRUARI 2026 (SELASA) – Majlis Daerah Tanah Merah ingin mengingatkan semua penduduk dan pengguna kemudahan awam supaya menggunakan tong sampah dengan betul dan bertanggungjawab.

Pihak Majlis menegaskan bahawa tong sampah awam yang disediakan adalah khusus untuk pelupusan sisa domestik harian sahaja dan bukannya untuk membuang sampah pukal atau barangan besar.

Antara barangan yang tidak dibenarkan dibuang ke dalam tong sampah awam termasuk perabot lama seperti almari, kerusi dan meja, peralatan elektrik besar seperti peti sejuk, mesin basuh dan televisyen serta bahan binaan dan sisa pembinaan.

Bagi pelupusan sampah pukal, penduduk digalakkan untuk menggunakan khidmat kontraktor berlesen atau menghantar sendiri ke tapak pelupusan yang ditetapkan.

Pihak Majlis akan terus memantau penggunaan kemudahan awam dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#tongsampahawam
#MajlisDaerahTanahMerah

Lihat di Facebook