Majlis Daerah Tanah Merah kini menawarkan perkhidmatan kutipan sampah domestik terus dari rumah ke rumah bagi kawasan yang berada dalam laluan operasi MDTM.
LANGKAH 1: Semakan & Pendaftaran
- Pastikan premis anda berada dalam kawasan operasi kutipan MDTM.
- Lengkapkan borang permohonan melalui pautan QR Code yang disediakan.
LANGKAH 2: Kelulusan & Bayaran
- Permohonan akan diproses dan perlu mendapat kelulusan rasmi Majlis.
- Bayaran yang dikenakan:
- RM85.00 – Tong sampah 70L MDTM (untuk penyeragaman).
- RM120.00 – Caj perkhidmatan kutipan sampah bagi tempoh 12 bulan pertama.
LANGKAH 3: Operasi & Cukai Taksiran
- Kutipan sampah akan dijalankan mengikut jadual berkala yang ditetapkan.
- Selepas 12 bulan pertama, caj perkhidmatan akan digantikan dengan cukai taksiran (cukai pintu) oleh Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta MDTM.
📞 Sebarang Pertanyaan
Hubungi Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam MDTM di:
☎️ 09-9556023 / 09-9556026
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan