Peniaga Pasar Malam Medan Tijari Dikompaun Kerana Langgar Peraturan Kebersihan

​TANAH MERAH, 24 JANUARI 2026 (SABTU) – Majlis Daerah Tanah Merah melalui Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan tegas ke atas peniaga di Pasar Malam Medan Tijari yang didapati mengabaikan aspek kebersihan persekitaran.

​Dalam operasi yang dijalankan pada Sabtu itu, peniaga telah dikenakan kompaun serta-merta selepas didapati membuang sisa makanan terus ke dalam sistem perparitan awam.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini dikesan hasil pemantauan rutin pihak berkuasa di kawasan tumpuan orang ramai tersebut.

Pihak MDTM menegaskan bahawa perbuatan membuang bahan buangan atau sisa jualan ke dalam longkang merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MDTM) 1991, UUK 18.

​MDTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih drastik terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil. Langkah penguatkuasaan ini adalah demi memastikan Bandar Tanah Merah kekal bersih, indah dan ceria untuk semua.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#PenguatkuasaanMDTM
#BahagianPelesenan
#pasarmalammedantijari

Lihat di Facebook