TANAH MERAH – Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala pembersihan longkang di sekitar bandar Tanah Merah bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan aliran air lancar.
Selain itu, tindakan segera turut diambil di Jalan Dato’ Nik Mustapha susulan aduan awam berkaitan longkang tersumbat dan kotor. Kerja pembersihan telah dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut.
Orang ramai diseru untuk bersama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #PembersihanLongkang #AduanAwam #tanahmerahbersihindahdanceria