Penyelenggaraan Kebersihan di Sekitar Bandar Tanah Merah dan Bukit Bunga Terus Diperkasa

​
TANAH MERAH,1 Mac 2026 (AHAD) – Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tanah telah melaksanakan kerja-kerja kawalan tumbuhan liar (meracun) di sekitar Bandar Tanah Merah. ​Selain itu, aktiviti pembersihan dan sapuan kawasan turut dijalankan secara berkala di sekitar Pekan Bukit Bunga khususnya di kawasan tumpuan pelancong dan aktiviti ekonomi.

​Pihak Majlis Daerah Tanah Merah menyeru agar penduduk setempat, para peniaga dan pengunjung dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memelihara kebersihan persekitaran. Tanggungjawab menjaga imej dan keceriaan bandar merupakan
komitmen kita bersama.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

​#MajlisDaerahTanahMerah
#TanahMerahBersihIndahCeria
#JupoSapohKutip
#JangeTohokKoksey

Lihat di Facebook