Majlis Daerah Tanah Merah melalui Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta telah melaksanakan penghantaran Borang ‘E’ Notis bagi tujuan bayaran tunggakan kadar di Kompleks Humaira pada 22 April 2026.
📍 Sesi ini melibatkan pemilik premis yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran dan perlu membuat penyelesaian bayaran dengan segera.
💡 Semua pemilik diingatkan agar menjelaskan tunggakan masing-masing bagi mengelakkan sebarang tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta kesejahteraan pengurusan kawasan Tanah Merah.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
@followers