TANAH MERAH, 16 APRIL 2026 (KHAMIS) - Perjumpaan antara pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah diadakan bagi membincangkan perancangan penganjuran Latih Amal Tindakan Kecemasan KTMB yang akan dilaksanakan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah.
Sesi perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras aspek perancangan, pelaksanaan serta kerjasama strategik antara agensi terlibat dalam memastikan latihan kecemasan dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara MDTM dan KTMB dalam usaha memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
#MDTM #KTMB #TanahMerah #JambatanGuillemard #LatihAmal #TindakanKecemasan #KeselamatanAwam #Kesiapsiagaan #KerjasamaStrategik #AgensiKerajaan #MalaysiaMadani