TANAH MERAH, 3 MAC 2026 (SELASA) – Perbincangan Strategik Hala Tuju Tapak Pelupusan Sampah Bukit Che Ros, Tanah Merah telah diadakan pada hari ini melibatkan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dan Majlis Daerah Machang (MDM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDTM pada pagi ini.
YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah telah mempengerusikan mesyuarat ini. Perbincangan ini bertujuan menyelaras pengoperasian tapak pelupusan tersebut agar lebih efisien dan mampan serta liabiliti tapak adalah menjadi tanggungjawab bersama. Antara perkara yang ditekankan Adalah merangka pelan tindakan bagi menjamin kapasiti tapak pelupusan mencukupi bagi keperluan kedua-dua daerah.
Turut sama hadir YABrs. Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Machang, YBrs. Encik Wan Adzmani Bin Hj. Wan Othman, Setiausaha MDM dan YBrs. Encik Zairum bin Mat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDM.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan