Permit Perniagaan Sementara (Harian) – Street Food Fest Tour

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) mempelawa individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan sementara secara harian di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Permohonan adalah tertakluk kepada syarat dan ketetapan MDTM bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan dengan teratur, bersih dan tidak menjejaskan kepentingan awam.

πŸ“Œ Kadar permit: RM30.00 sehari

πŸ“Œ Waktu perniagaan: Bergantung kepada lokasi yang ditetapkan.

πŸ“Œ Kelulusan serta-merta: Tertakluk kepada pematuhan syarat permohonan.

⚠️ PERHATIAN KEPADA PEMOHON

Bagi lokasi Jalan Cempaka, Bandar Tanah Merah, waktu perniagaan ditetapkan dari 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam sahaja. Walau bagaimanapun, aktiviti perniagaan tidak dibenarkan pada setiap hari Sabtu di sepanjang Jalan Cempaka, Bandar Tanah Merah.

Pemohon diminta mengambil maklum dan mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, terma dan syarat permit, sila rujuk Unit Pelesenan, Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam MDTM di talian 011-1888 6026 atau hadir ke Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah untuk mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut.

Kerjasama semua pihak dalam mematuhi ketetapan ini amatlah dihargai.

#MDTM
#MajlisDaerahTanahMerah
#StreetFoodFestTour
#TanahMerahBersihIndahDanCeria

Lihat di Facebook