Majlis Daerah Tanah Merah mempelawa semua pemilik anjing di kawasan pentadbiran MDTM untuk membuat permohonan atau memperbaharui Lesen Anjing bagi Tahun 2027.
📅 Tempoh Pendaftaran Percuma
👉1 November hingga 31 Disember 2026
💰 Fi Lesen Anjing
✅RM10.00 setahun
✅ Lesen hendaklah diperbaharui sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan.
⚠️ PERINGATAN PENTING
Kompaun sebanyak RM250.00 boleh dikenakan kepada mana-mana pemilik yang memelihara anjing tanpa lesen yang sah atau gagal memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan.
📱 Terma dan syarat permohonan boleh dirujuk dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster hebahan.
☎️ Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Bahagian Pelesenan, Majlis Daerah Tanah Merah
Tel: +6011-1888 6026
Kerjasama dan pematuhan semua pemilik anjing amat dihargai bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan serta keharmonian semua.