Program Advokasi Pasar Patuh 2026 Kpdn Tanah Merah

TANAH MERAH, 28 JULAI 2026 (SELASA) : KPDN Tanah Merah hari ini menganjurkan Program Advokasi Pasar Patuh 2026 bersama para peniaga Pasar Besar Tanah Merah bagi meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap undang-undang perdagangan serta memperkukuh kesedaran mengenai hak pengguna.

Program yang berlangsung di Dewan Dato' Bentara Kanan Majlis Daerah Tanah Merah itu melibatkan penyertaan peniaga pakaian, barangan kering, barangan basah dan sayur-sayuran.

Program tersebut merupakan platform penting bagi memberi penerangan secara langsung kepada peniaga mengenai tanggungjawab mereka dalam mematuhi peraturan, termasuk keperluan mempamerkan tanda harga dan menjalankan aktiviti perniagaan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Cawangan KPDN Tanah Merah, wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah, wakil Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam MDTM serta pemajak Pasar Besar Tanah Merah.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook