πŸ“Œ Program Ai untuk Pentadbiran Pejabat

Program AI untuk Pentadbiran Pejabat telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Tanah Merah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman berkaitan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkasa urusan pentadbiran pejabat agar lebih cekap, sistematik dan berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Adi Zain atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat, serta kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dipertua MDTM, Ketua Whip dan Setiausaha MDTM atas sokongan padu serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran program ini.

Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan pengurusan pejabat.

✨ Pendigitalan Pintar, Pentadbiran Berkualiti ✨

Lihat di Facebook