Program Bicara Alumni "dari Graduan ke Pentadbir: Perjalanan Kerjaya Dalam Sektor Awam"

UiTM Machang, 23 Jun 2026 (Selasa) - Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah, Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, telah memenuhi jemputan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang sebagai panel program Bicara Alumni: "Dari Graduan ke Pentadbir: Perjalanan Kerjaya dalam Sektor Awam".

Beliau yang juga merupakan pelajar batch pertama Kampus Bukit Ilmu, Machang ketika masih dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) telah berkongsi pengalaman pendidikan, perjalanan kerjaya serta pandangan berkaitan cabaran dan peluang serta memberikan sedikit nasihat berkaitan peluang kerjaya dalam sektor awam kepada para mahasiswa.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada mahasiswa dalam merancang hala tuju kerjaya pada masa hadapan.

Perpustakaan Tengku Anis

#MDTM #MajlisDaerahTanahMerah #UiTMMachang #BicaraAlumni #sektorawamdanswastasertabadanberkanun

Lihat di Facebook