Majlis Daerah Tanah Merah, 12 Februari 2026 (Khamis) - Program Fun Walk 10,000 Langkah sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut (MCAM) 2026 telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tanah Merah pada 12 Februari 2026 (Khamis) dengan laluan dari perkarangan klinik ke Majlis Daerah Tanah Merah, yang melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan pejabat. Program ini bertujuan untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengesanan awal dan pencegahan kanser mulut melalui edaran risalah dan penyampaian maklumat ringkas kepada kakitangan dan orang awam.
#MCAM2026 #FunWalk10000Langkah #KesedaranKanserMulut #PKPDTanahMerah #PromosiKesihatan