Program Gotong-royong Sempena Kempen Kelantanku Bersih Tahun 2026 Peringkat Majlis Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 13 OGOS 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Aktiviti Gotong-Royong Sempena Kempen Kelantanku Bersih Tahun 2026 Peringkat Majlis Daerah Tanah Merah bertempat di Taman Raudah, Pechong. Program yang berlangsung pada hari ini telah mengumpulkan semua bahagian dan unit di bawah MDTM untuk menjayakan agenda kebersihan dan keindahan persekitaran.

Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan atasan dan semua kakitangan MDTM dalam memastikan kemudahan awam sentiasa bersih, indah dan ceria.

Diharapkan menerusi penganjuran program ini, semangat kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar di bawah Kempen Kelantanku Bersih dapat terus diterapkan dan dijadikan amalan bersama oleh seluruh penduduk daerah Tanah Merah.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#gotongroyong

Lihat di Facebook