PASIR MAS, 26 SEPTEMBER 2026 (SABTU) – Majlis Daerah Tanah Merah terus komited dalam menyokong agenda kebersihan dan kelestarian alam sekitar menerusi penyertaan aktif dalam Program Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Bandar Tasek Raja, Pasir Mas pada hari ini.
Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas sempena World Cleanup Day 2026 ini dianjurkan berteraskan tema "Kelantan Bersih, Rakyat Sihat, Negeri Berkat" bagi memupuk kesedaran sivik dan amalan hidup bersih dalam kalangan masyarakat. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Penyertaan MDTM ke program berkenaan telah diketuai oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah. Turut hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah bersama barisan pegawai serta kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah.
Antara pengisian utama program yang dijalankan merangkumi aktiviti Gotong-Royong / Pembersihan, inisiatif Kitar Semula & Pengurusan Sisa dan aktiviti Kemasyarakatan & Kesedaran seperti sesi senaman "Chairobic", Program Mewarna Kanak-Kanak, pameran / kaunter perkhidmatan agensi dan acara cabutan bertuah.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#MajlisDaerahTanahMerah #HariCuciMalaysia2026 #KelantanBersihRakyatSihatNegeriBerkat #WorldCleanupDay2026