TANAH MERAH, 4 OKTOBER 2026 (AHAD) – Program Kuliah Dhuha dan Solat Sunat Dhuha Bulan Oktober 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah pada hari ini.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah. Menerusi pengisian berkenaan, beliau mengupas topik utama berkaitan "Pengurusan Stress dan Kerjaya Menurut Perspektif Islam".
Dalam penyampaiannya, Al-Fadil Ustaz menekankan beberapa mesej penting buat panduan semua:
✅ Manusia dan jin diciptakan khusus untuk beribadat kepada Allah SWT.
✅ Setiap individu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak mengenai umur, tubuh badan, sumber serta belanja harta dan ilmu yang dipelajari.
✅ Stress dan cabaran hidup perlu ditangani dengan konsep redha serta pegangan teguh kepada Qada' dan Qadar. Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan mengikut kadar kemampuannya (La yukallifullahu nafsan illa wus'aha).
✅ Rasulullah SAW meletakkan penanda aras tertinggi dalam bab kesabaran dan kemaafan, seperti yang ditunjukkan semasa peristiwa dakwah di Taif.
Semoga perkongsian dan bimbingan yang disampaikan oleh Al-Fadil Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah dapat disematkan dalam diri serta menjadi panduan buat kita semua dalam mendepani ujian kehidupan seharian.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan