TANAH MERAH, 12 APRIL 2026 (AHAD) – Unit Pembangunan Islam Majlis Daerah Tanah Merah telah meneruskan agenda pengisian rohani menerusi Program Kuliah Zohor Dwi Mingguan yang diadakan di Masjid Nik Daud Al-Fathani, Pechong pada hari ini.
Program yang menjadi aktiviti rutin MDTM ini bertujuan untuk menyuburkan ilmu agama serta mengeratkan silaturahim antara kakitangan MDTM dan masayarakat setempat.
Sesi tazkirah pada kali ini telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah. Beliau telah membicarakan topik yang amat relevan dengan perkembangan dunia hari ini bertajuk "Tanda-Tanda Kiamat (Pendeknya Masa)".
Dalam perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan menghargai waktu dan meningkatkan amal ibadah memandangkan salah satu tanda akhir zaman adalah peredaran masa yang dirasakan berlalu dengan terlalu pantas.
Pihak Majlis Daerah Tanah Merah berharap agar program seumpama ini dapat terus dilaksanakan secara konsisten bagi membentuk modal insan yang berilmu dan bertakwa selaras dengan aspirasi pembangunan Islam di peringkat jajahan Tanah Merah.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#UnitPembangunanIslamMDTM
#TazkirahDwiMingguan