Program Latihan Kecemasan dan Kebakaran (Fire Drill) Serta Pemeriksaan Sistem Kawalan Kebakaran Majlis Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 20 OKTOBER 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Program Latihan Kecemasan dan Kebakaran (Fire Drill) serta Pemeriksaan Sistem Kawalan Kebakaran dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan kakitangan terhadap situasi kecemasan khususnya insiden kebakaran di samping memberi pendedahan mengenai prosedur keselamatan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan di pejabat.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan pemeriksaan sistem kawalan kebakaran bagi memastikan kemudahan keselamatan berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

Semoga pelaksanaan program ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memupuk budaya mengutamakan keselamatan dalam kalangan kakitangan MDTM.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#FireDrill
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook