BUKIT BUNGA, 10 JUN 2026 (RABU) – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga hari ini menjadi lokasi tumpuan bagi Program Lawatan Tanya Khabar Ketua Jajahan Tanah Merah yang telah berlangsung dengan jayanya bermula pagi tadi.
Program ini diadakan bertujuan untuk meninjau keadaan semasa serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah / Majlis Daerah Tanah Merah dengan para petugas di pintu masuk sempadan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah yang meluangkan masa untuk melihat lebih dekat keadaan fasiliti serta persekitaran kerja di Kompleks ICQS Bukit Bunga.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan