Program Pasar Patuh Biz Berkat Tahun 2026 di Pasar Besar Tanah Merah Tingkat Kesedaran Peniaga, Lindungi Pengguna

TANAH MERAH, 10 NOVEMBER 2026 (SELASA) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tanah Merah telah mengadakan Majlis Perasmian Program Pasar Patuh Biz Berkat Tahun 2026 bertempat di Pasar Besar Tanah Merah pada hari ini.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM mewakili Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah. Turut hadir ialah Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan, YBrs Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf.

Pelancaran Program Pasar Patuh Biz Berkat Tahun 2026 di Pasar Besar Tanah Merah menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran peniaga terhadap kepentingan mematuhi peraturan serta mengamalkan etika perniagaan yang baik menerusi konsep Pasar Patuh, Peniaga Berkat.

Pasar Patuh memberi penekanan terhadap tanggungjawab peniaga dalam memastikan aspek timbangan, harga, sukatan serta maklumat barangan dipatuhi demi melindungi hak dan kepentingan pengguna.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook