Program Retreat Pencapaian & Peningkatan Hasil Majlis Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 1 FEBRUARI 2026 (AHAD) – Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Retreat Pencapaian & Peningkatan Hasil bertempat di Dewan Utama Al-Ghazali, Masjid Ismail Petra. Program ini telah dihadiri oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua, Setiausaha, semua Ahli Majlis, Ketua-ketua Bahagian serta kakitangan daripada unit-unit berkaitan.
​
​Retreat ini bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan prestasi semasa serta membincangkan sasaran peningkatan hasil MDTM bagi tahun 2026. Sepanjang sesi pagi hingga tengah hari, sebanyak 12 bahagian dan unit telah membentangkan laporan portfolio masing-masing.

​Setiap pembentangan merangkumi analisis prestasi tahun semasa, perbandingan data serta mengenalpasti cabaran dan halangan utama yang dihadapi di lapangan.

Sebagai suntikan semangat, pihak pengurusan turut menyampaikan cenderahati kepada tiga kumpulan terbaik yang dinilai berdasarkan kreativiti visual, inovasi pembentangan, kerjasama berkumpulan dan keupayaan mengendalikan sesi soal jawab.

​Program hari ini merupakan titik awal kepada penyediaan pelan yang lebih komprehensif. Sesi rumusan dan penyediaan akhir Pelan Strategik MDTM yang dikemaskini dijadualkan berlangsung pada 11 Februari 2026 nanti.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#RetreatPeningkatanHasil
#MajlisDaerahTanahMerah

Lihat di Facebook