Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Dhuha Bulan Februari 2026

PECHONG, 15 FEBRUARI 2026 (AHAD) – Majlis Daerah Tanah Merah terus komited memupuk keseimbangan antara tuntutan kerjaya dan pengisian rohani melalui penganjuran Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Dhuha bagi bulan Februari 2026 yang telah berlangsung pada pagi ini di Masjid Nik Daud Al-Fathani Pechong, Tanah Merah.

Kuliah dan pimpinan solat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Wan Abu Bakar bin Wan Mahussin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan MDTM.

Memandangkan Ramadan 1447H bakal menjelang tidak lama lagi, Ustaz Wan Abu Bakar telah memilih topik "Fiqh Ramadan" sebagai intipati utama tazkirah beliau. Antara penekanan penting yang diberikan termasuklah Kepentingan memahami rukun, syarat sah serta perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah dilakukan dengan sempurna.

Semoga perkongsian ilmu Fiqh Ramadan ini memberi manfaat besar kepada seluruh warga kerja MDTM dalam menyambut kehadiran bulan Ramadhan dengan penuh ketaqwaan

#TanahMerah
#MajlisDaerahTanahMerah
#KelantanMembangunBersamaIslam
#FiqhRamadan
#MasjidNikDaudAlfathaniPechong

Lihat di Facebook