Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Dhuha Bulan Mei 2026

TANAH MERAH, 3 MEI 2026 (AHAD) – Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Solat Sunat Dhuha diikuti dengan Kuliah Dhuha yang disertai oleh para kakitangan Majlis.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah menekankan kepentingan rukun qauli dalam ibadah khususnya dalam memastikan kesempurnaan solat. Penekanan diberikan terhadap penghayatan bacaan yang betul, jelas dan penuh makna sebagai salah satu syarat sah solat.

Program ini bukan sahaja memberi pencerahan ilmu kepada jemaah malah turut menggalakkan pengamalan solat sunat dhuha sebagai amalan harian yang mendekatkan diri kepada Allah SWT serta membuka pintu rezeki.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook