TANAH MERAH, 4 JANUARI 2026 (AHAD) - Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Dhuha Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini di Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah sebagai komitmen MDTM dalam memperkasakan pembangunan insan berteraskan nilai-nilai Islam.
Solat sunat dhuha berjemaah yang dipimpin oleh Yang Berusaha Ustaz Saiful Adli bin Mohd Salleh, Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan Islam) MDTM telah disertai oleh kakitangan MDTM yang komited menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di tempat kerja.
Majlis diteruskan dengan sesi Kuliah Dhuha bertajuk 'Kelebihan Bulan Rejab' yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah. Penyampaian kuliah yang sarat dengan ilmu dan pengajaran ini telah memberi pendedahan kepada para hadirin mengenai keistimewaan bulan Rejab serta amalan-amalan sunat yang digalakkan pada bulan mulia ini.
Turut hadir bersama Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof ( Setiausaha MDTM), Penolong Setiausaha, ketua-ketua bahagian dan kakitangan MDTM.
Program sebegini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. MDTM akan terus komited menganjurkan program-program kerohanian sebegini bagi memastikan kesejahteraan rohani dan pembangunan sahsiah Islam kakitangan sentiasa terpelihara.
#KuliahDhuha2026
#SolatSunatDhuha
#MajlisDaerahTanahMerah
#programkerohanian