TANAH MERAH – Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Program Tazkirah Bersama Agensi dan "Satu Bersama Al-Quran" sebagai usaha berterusan memperkasa kerohanian dan integriti kakitangan dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.
Program ini diharapkan dapat membentuk kakitangan MDTM yang bukan sahaja efisien dalam tadbir urus, malah memiliki benteng dalaman yang kukuh melalui dampingan bersama Al-Quran.
"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith Riwayat Muslim)
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#TanahMerah
#SatuJamBersamaAlQuran
#TazkirahAgensi #MembangunBersamaIslam