π Bazar Ramadan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah
π
2 Mac 2026 (Isnin)
π 4.00 petang
Program Walkabout Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Majlis Daerah Tanah Merah sebagai usaha berterusan dalam memastikan tahap kebersihan, keselamatan makanan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara sepanjang bulan Ramadan.
Program ini telah diketuai oleh Dr. Nik Aida binti Nik Adib, Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah. Turut mengiringi sesi walkabout ialah Dr. Ahmad Zulfahmi bin Mohd. Kamaruzaman, Pegawai Epidemiologi PKD Tanah Merah.
Hadir sama wakil daripada Majlis Daerah Tanah Merah yang diketuai oleh En. Nur Hassan bin Aziz, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam, bersama barisan penguat kuasa daripada PKD Tanah Merah dan Majlis Daerah Tanah Merah.
Program ini bertujuan memastikan semua pengusaha bazar mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Selain pemantauan, pendekatan pendidikan turut diberikan bagi meningkatkan kesedaran pengusaha dan pengunjung tentang kepentingan pengendalian makanan yang betul serta pencegahan penyakit berjangkit.
Antara aktiviti yang dijalankan:
β
Lawatan walkabout dan pemantauan gerai jualan
β
Pemeriksaan kebersihan premis oleh pegawai penguat kuasa kesihatan
β
Edaran kit pengendali makanan bermesejkan βSaya Pengendali Makanan Yang Patuh Kebersihanβ
β
Edaran risalah dan pameran pendidikan kesihatan berkaitan aduan keselamatan makanan, tibi, denggi, diabetes mellitus, leptospirosis, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
β
Promosi saranan War on Sugar dan konsep βPerhati dan Pilihβ kepada pengunjung
Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan tahap pematuhan pengusaha terhadap aspek keselamatan makanan dapat dipertingkatkan serta memberi keyakinan kepada masyarakat untuk mendapatkan makanan yang bersih dan selamat sepanjang bulan Ramadan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.