Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Tanah Merah sedang melaksanakan Promosi Khas Bayaran Saman Tempat Letak Kereta.
🔹 Tempoh Promosi: Bermula sekarang sehingga 30 Syawal 1447H
🔹 Kadar Bayaran: RM10 sahaja bagi setiap saman
Cara Pembayaran:
1. Buka aplikasi Flexi Parking
2. Pilih Majlis Daerah Tanah Merah
3. Masukkan No. Kenderaan / No. Kompaun
4. Klik Bayar Kompaun
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 09-955 6023 / 09-955 6026
Orang ramai digalakkan merebut peluang ini bagi menyelesaikan tunggakan saman dengan kadar istimewa. Promosi ini adalah sebahagian daripada usaha Majlis Daerah Tanah Merah untuk memudahkan urusan rakyat serta meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan tempat letak kereta.
#Flexiparking
#Promosiaidilfitri