Majlis Daerah Tanah Merah kini menawarkan promosi pengurangan kompaun tertunggak bagi kesalahan tempat letak kereta. Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan tunggakan kompaun tempat letak kereta anda.
💰 Kadar Tawaran Istimewa:
RM 5.00 Sahaja – Bagi setiap kompaun sekiranya dibayar secara sekaligus.
RM 10.00 Sahaja – Bagi setiap kompaun sekiranya dibayar secara ansuran mengikut jumlah keseluruhan tunggakan kompaun.
⚠️ Syarat-Syarat :
Tempoh Kompaun: Tawaran ini hanya sah untuk kompaun yang dikeluarkan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Lokasi Pembayaran:
Pembayaran pengurangan kompaun ini HANYA boleh dibuat di Kaunter Bayaran Pejabat MDTM sahaja.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan