Majlis Daerah Tanah Merah ingin memperkenalkan kaedah pembaharuan lesen dan permit yang lebih mudah, pantas dan efisien melalui aplikasi Whatssap Jabatan Pelesenan, MDTM.
✅ Tidak perlu beratur
✅ Tidak perlu hadir ke kaunter
✅ Bayaran secara tanpa tunai
✅ Resit digital diberikan serta-merta
Melalui sistem ini, pemegang lesen boleh:
✅Menyemak status lesen;
✅Menerima e-Bil;
✅Membuat pembayaran lesen dan permit secara dalam talian;
✅Menerima resit digital; dan
✅Mengemukakan pertanyaan berkaitan pelesenan
Segala urusan boleh dilakukan dari lokasi anda tanpa perlu ke kaunter.
Kaedah Pembayaran boleh dibuat melalui:
✅CDM (Cash Deposit Machine)
✅EFT (Electronic Fund Transfer)
✅DuitNow QR
Premis Perniagaan Terlibat
✔ Pasar Malam
✔ Pasar Pagi
✔ Penjaja Harian
✔ Premis Perniagaan
Sebarang pertanyaan berkaitan pembaharuan lesen dan permit boleh diajukan kepada:
Unit Pelesenan, Majlis Daerah Tanah Merah
📞 / WhatsApp: 011-18886026
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan