TANAH MERAH,19 JULAI 2026 (AHAD)– Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang di sepanjang Jalan Klinik sebagai sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berkala bagi memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan baik.
Kerja-kerja pembersihan ini melibatkan pengeluaran sampah, lumpur serta sisa yang menyumbat saliran bagi melancarkan aliran air, sekali gus membantu mengurangkan risiko takungan air dan banjir kilat di kawasan berkenaan.
MDTM komited untuk terus mempertingkatkan tahap kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan awam demi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan selesa untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat.
Orang ramai turut diseru agar memainkan peranan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah ke dalam longkang bagi memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam keadaan baik.
#MDTM #TanahMerahBersihIndahCeria #TaskForceMDTM #JagaKebersihan #SaliranLancar