Majlis Daerah Tanah Merah mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh masyarakat khususnya penduduk Tanah Merah.
Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menjadi titik permulaan bagi kita untuk terus memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadat serta mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam membangunkan daerah kita yang tercinta.
Marilah kita jadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus bekerja keras, berintegriti, dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Ikhlas daripada,
Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan semua kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah
#MajlisDaerahTanahMerah
#tanahmerahbersihindahceria