Majlis Daerah Tanah Merah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah kepada seluruh penduduk daerah Tanah Merah.
Hari Arafah merupakan hari yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang dilafazkan oleh aku dan para nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):
"لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"
(Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.)
MDTM menyeru kepada seluruh masyarakat agar memanfaatkan hari yang mulia ini dengan memperbanyakkan zikir, doa dan amalan kebaikan. Marilah kita sama-sama memohon keampunan daripada Allah SWT serta berdoa agar daerah Tanah Merah yang kita cintai ini sentiasa dilindungi, diberkati dan terus makmur di bawah naungan-Nya.
Semoga segala amal ibadah yang kita laksanakan pada hari ini diterima oleh Allah SWT dan memberikan kita kekuatan untuk terus berbakti kepada keluarga, masyarakat dan agama.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan