Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Majlis Daerah Tanah Merah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Tanah Merah dan rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menanam rasa cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah membawa kemerdekaan serta terus berganding bahu membangunkan negara yang aman, maju dan sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan semua kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah

Lihat di Facebook