Semangat Patriotisme Disemarakkan Melalui Konvoi Jiwa@komuniti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 27 OGOS 2026 (KHAMIS) – Pejabat Penerangan Tanah Merah dengan kerjasama Majlis Daerah Tanah Merah dan pelbagai agensi kerajaan daerah telah menjayakan Program Jiwa@Komuniti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah bertempat di pekarangan Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah pada hari ini.

Program ini dianjurkan sebagai wadah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme, memperkukuhkan tali silaturahim serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis pelepasan peserta konvoi telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah.

Konvoi yang disertai oleh wakil-wakil agensi kerajaan dalam daerah Tanah Merah telah menyusuri beberapa lokasi strategik seperti Pasar Besar Tanah Merah, SMK Tanah Merah 1, SK Bukit Gading dan SMK Belimbing bagi menyebarkan kehangatan Bulan Kebangsaan kepada masyarakat.

Pihak Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan, agensi serta penduduk Tanah Merah yang memberikan sokongan padu sepanjang program ini berlangsung.

#MajlisDaerahTanahMerah
#BulanKebangsaan2026
#HariMalaysia2026
#JiwaKomuniti
#TanahMerah

Lihat di Facebook