Senarai Penganjur Bazar Ramadan Tahun 2026

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) ingin memaklumkan senarai penuh lokasi Bazar Ramadan yang telah diluluskan bagi tahun 2026.
Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai merancang kunjungan serta memberi ruang kepada peniaga tempatan untuk berniaga secara teratur.

📍 Lokasi Terlibat:
1. Bandar Baru Kota Harmoni
2. Jalan Panggung Nuri (Lorong Kereta Sewa)
3. Hadapan Pantai Timur
4. Jalan Cempaka (Lorong Bank Simpanan Nasional)
5. Jalan Hilir Pasar (Hadapan Bee Gar)
6. Jalan Nor Zainal (Tepi Klinik Pohon Tanjung)
7. Jalan Cempaka (Hadapan SWC)

📞 Hubungi penganjur seperti maklumat tertera untuk urusan sewaan tapak dan maklumat lanjut.
MDTM menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan, menjaga kebersihan dan mengutamakan keselamatan sepanjang bulan Ramadan nanti.
Sama-sama kita memeriahkan suasana sambil menyokong ekonomi setempat.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#RamadanTanahMerah2026 #MajlisDaerahTanahMerah
#BazarRamadan #MaklumanAwam

Lihat di Facebook