TANAH MERAH, 15 OKTOBER 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Kontraktor Kebersihan Sekolah Daerah Tanah Merah dan Machang bertempat di Dewan Jubli Perak Membangun Bersama Islam, MDTM pada hari ini.
Program bermula jam 9.30 pagi ini dihadiri oleh ahli-ahli Majlis MDTM, wakil MD Machang, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pihak pengurusan sekolah serta kontraktor kebersihan dari kedua-dua daerah.
Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menyelaraskan skop pelupusan sisa pepejal, menyelesaikan isu berbangkit dan memperkasakan amalan ekonomi kitaran.
Program dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar & Alam Sekitar MDTM, YBrs. Puan Wan Doti Nozarina binti Wan Yahya dan diteruskan dengan sesi taklimat merangkumi taklimat tatacara pengurusan sisa pepejal oleh MDTM, kepentingan program kitar semula oleh Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings (KUMH) serta panduan pelupusan di Tapak Pelupusan Bukit Che Ros oleh Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn. Bhd. (PSPM).
Sebagai penutup, program disusuli dengan sesi soal jawab dua hala dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan