Sesi Perjumpaan Setiausaha MDTM Bersama Kakitangan Unit Tempat Letak Kereta

TANAH MERAH, 20 MEI 2026 (RABU) – Satu sesi perjumpaan antara Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah bersama kakitangan Unit Tempat Letak Kereta telah diadakan pada hari ini.

Perjumpaan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan kakitangan selain menjadi platform bagi bertukar pandangan berkaitan pengurusan serta operasi unit berkenaan.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi kakitangan Unit Tempat Letak Kereta dalam memastikan kelancaran tugas serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook