GUAL IPOH,12 OGOS 2026 (RABU)-Bahagian Pelesenan, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah mengadakan sesi perjumpaan dan taklimat bersama pihak berkaitan berhubung pengoperasian Pasar Awam Gual Ipoh yang telah berlangsung pada hari ini.
Sesi ini diadakan bagi membincangkan serta mendapatkan maklumat dan pandangan berkaitan pengoperasian pasar demi memastikan pengurusan dan aktiviti perniagaan di Pasar Awam Gual Ipoh dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.
#MDTM #tanahmerahbersihindahceria