TANAH MERAH, 7 MEI 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah hari ini telah mengadakan satu sesi taklimat penting berkaitan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Pasar Borong Tanah Merah kepada para peniaga pasar borong bertempat di pekarangan pasar tersebut.
Sesi taklimat yang bermula pada jam 11.00 pagi itu bertujuan memberi pencerahan terperinci mengenai pelan pembangunan semula dan penambahbaikan fasiliti di kawasan tersebut bagi keselesaan peniaga dan pengunjung.
Projek ini melibatkan beberapa komponen utama yang dirancang untuk memodenkan fungsi pasar seperti Pusat Kitar Semula Pandu Lalu, Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung dan
Penyusunan Semula Gerai.
Turut hadir pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan (Zon Jeli & Tanah Merah), YBrs Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff, Ketua Whip MDTM, YBrs. Puan Wan Doti Nozarina selaku Pengerusi JK Kebersihan, Keindahan Bandar & Alam Sekitar MDTM, para pegawai MDTM dan pemajak pasar borong.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan