Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah Tinjau Persiapan Akhir Program Gotong-royong Perdana.

BUKIT BUNGA, 13 MEI 2026 (RABU) – YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah telah turun padang malam ini bagi meninjau persiapan terakhir sempena Program Gotong-Royong Perdana (Local Agenda 21) yang dijadualkan berlangsung esok, 14 Mei 2026.

Tinjauan yang dilakukan di tapak program di Bandar Baru Bukit Bunga itu bertujuan memastikan semua kelengkapan logistik termasuk penyediaan khemah dan peralatan kebersihan berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya sebelum program bermula pada jam 8.00 pagi esok.

Lihat di Facebook