PUTRAJAYA, 3 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)- Majlis Daerah Tanah Merah mengukir kejayaan gilang-gemilang selepas pasukan inovasi MDTM, SMART TEAM, dinobatkan sebagai Johan Public Sector AI Nexus Challenge (PSAINC) 2026 pada Majlis Penyampaian Anugerah PSAINC 2026 bersempena Seminar AI Sektor Awam 2026 yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
Kemenangan bermakna ini lebih manis apabila SMART TEAM MDTM turut merangkul Anugerah Khas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Anugerah Khas User Case oleh AWS, sekali gus membuktikan keupayaan dan daya saing PBT di peringkat daerah dalam memacu transformasi digital serta pengaplikasian teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat kebangsaan.
Majlis perasmian dan penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir memberikan sokongan moral dan menyaksikan kejayaan bersejarah ini ialah YBhg. Dato' Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) bersama YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah.
Pihak Pengurusan MDTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan khusus kepada pasukan SMART TEAM atas dedikasi serta usaha gigih yang ditunjukkan. MDTM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Digital Negara, Kementerian Digital, serta seluruh pihak yang sentiasa memberikan sokongan padu.
Kerajaan Negeri Kelantan
KPKT Malaysia
Dato' Wan Roslan Wan Hamat
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#PSAINC2026
#SeminarAISektorAwam2026 #JabatanDigitalNegara
#KementerianDigital
#AIMalaysia