KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2026 (JUMAAT) — Majlis Daerah Tanah Merah melakar pencapaian membanggakan apabila pasukan inovasi MDTM iaitu SMART TEAM telah berjaya melangkah ke peringkat 10 Pasukan Terbaik dalam pertandingan Public Sector AI Nexus Challenge 2026 (PSAINC 2026).
Pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara dengan kerjasama rakan strategik seperti Microsoft, Google, TM dan AWS ini bertujuan memacu inovasi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) serta mempercepat transformasi digital dalam perkhidmatan awam.
SMART TEAM telah bersaing sengit menentang 39 kumpulan bertanding dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan seluruh negara. Kejayaan menembusi senarai 10 finalis utama ini membuktikan komitmen dan keupayaan MDTM dalam menghasilkan penyelesaian digital berimpak tinggi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara.
Antara 10 pasukan terbaik yang berjaya melepasi persaingan pentas akhir adalah:
✅QS Team
✅Roshack
✅IMPEKS.CLASS
✅LabourPulse
✅SMART TEAM (Majlis Daerah Tanah Merah)
✅BFG Solutions
✅POLIMER IKTBN SEPANG
✅IntelligenceHealth Visor
✅Tech for Psychiatry Malaysia
✅DUDU SENA
Pengurusan serta semua kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SMART TEAM atas usaha gigih dan inovasi kreatif yang telah ditunjukkan.
Dato' Wan Roslan Wan Hamat
Hilmi Abdullah
KPKT Malaysia
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan