TANAH MERAH, 9 MAC 2026 (ISNIN) – Sempena bulan Ramadan, kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah turut serta dalam Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Dhuha yang diadakan di Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah.
Penglibatan kakitangan MDTM ini mencerminkan komitmen dalam memperkukuhkan nilai kerohanian serta menyemarakkan budaya ibadah di bulan penuh keberkatan.
Program yang dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah turut memberi penekanan kepada penghayatan ilmu sepanjang Ramadan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#Dhuha
#unitpembangunanislam