TANAH MERAH, 9 SEPTEMBER 2026 (RABU) – Dalam kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat, kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah turut mengambil ruang untuk menyuburkan jiwa dengan ilmu dan ibadah menerusi Program Solat Dhuha dan Kuliah Dhuha Bulan September 2026 yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah.
Program dimulakan dengan solat sunat Dhuha secara berjemaah dan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah yang menekankan bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan hanya dizahirkan melalui kata-kata tetapi perlu dibuktikan melalui ketaatan, akhlak dan pengamalan sunnah dalam kehidupan.
Antara intipati utama yang dikongsikan oleh penceramah pada hari ini adalah sebagaimana berikut:
✅melaksanakan ibadah solat dengan sempurna berdasarkan petunjuk Rasulullah SAW dan amalan para sahabat RA
✅membina rumah tangga dengan kasih sayang, adab, komunikasi yang baik dan mencontohi kehidupan Rasulullah SAW
✅menghayati sirah Baginda serta mengambil iktibar daripada kecintaan dan kerinduan para sahabat RA terhadap Rasulullah SAW.
✅membasahi lidah dengan selawat sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW